airneslobeng.com


   Dec 13

Apa Itu Penyakit Resdung | Kenali Penyakit Resdung Sebelum Ia Membunuh

Apa Itu Penyakit Resdung | Kenali Penyakit Resdung Sebelum Ia Membunuh

apa itu resdung 300x300 Apa Itu Penyakit Resdung | Kenali Penyakit Resdung Sebelum Ia Membunuh

Apa Itu Penyakit Resdung | Kenali Penyakit Resdung Sebelum Ia Membunuh

 

Penyakit resdung merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada parasit Demodex.

Istilah Perubatan Tradisional

-Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik

-Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Penyakit resdung juga dikenali juga sebagai Seduan (Snusitis).Iaitu penyakit yang senang berjangkit dalam masa yang singkat apabila antibodi seseorang itu tidak dapat menahan kuman resdung yang merebak ke seluruh badan.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali ‘sinusitis’. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Sumber Artikel  Apa Itu Penyakit Resdung | Kenali Penyakit Resdung Sebelum Ia Membunuh

Berkongsi Dengan Kawan?

   Nov 02

Kedai Jam G-Shock Original Online | Kedai Jam G-Shock Original Online Dibuka Sekarang Dengan Harga Termurah

Kedai Jam G-Shock Original Online | Kedai Jam G-Shock Original Online Dibuka Sekarang Dengan Harga Termurah

g shock 300x225 Kedai Jam G Shock Original Online | Kedai Jam G Shock Original Online Dibuka Sekarang Dengan Harga Termurah

Salam semua…kepada peminat G-Shock Original,saya dengan ini mengumumkan pembukaan kedai jam G-shock Original Online.Kami bergerak dibawah kumpulan yang digelar SeriuzBiznez Crew dibawah kelolaan admin airneslobeng.com..Buat masa sekarang ini,kami telah menjual berpuluh jam original di forum terkenal iaitu forum Carigold.

Rata-rata pembeli kami berpuas hati dengan tawaran yang disediakan kerana harga jam yang ditawarkan oleh SeriuzBiznez Crew adalah lebih murah daripada pasaran.Jam yang ditawarkan oleh kami adalah seratus-peratus original.Kami akan sertakan kad waranti,buku manual bagi memberikan keyakinan anda terhadap kami…

Model Yang Ditawarkan :

G-Shock

Baby G

Poptrek

Casio

Out Gear

Databank

Oleh itu,kepada sesiapa yang berminat untuk membeli jam original dan murah berbanding pasaran,bolehlah menghubungi kami :

CARIGOLD : KLIK DISINI

CELCOM : 0145078361

EMAIL : seriuzbiznez@gmail.com

YM ID : gyps_geekz
BLOG : http://airneslobeng.com/

 

Berkongsi Dengan Kawan?

   Aug 16

Makan Daging Babi | Pemuda Tidak Rela Gadaikan Prinsip Islam

Makan Babi | Pemuda Tidak Rela Gadaikan Prinsip Islam
makan babi 300x199 Makan Daging Babi | Pemuda Tidak Rela Gadaikan Prinsip Islam
KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa makan sayuran selama dua bulan untuk mengalas perut. Saya tidak sanggup menggadaikan prinsip seorang Muslim dan cukup kecewa bila ada pihak tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan pengurusan tertinggi.”
Demikian luahan hati Megat Mohd Hermaen, 25, seorang pekerja yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi sebuah syarikat perkapalan terkemuka di negara ini.
“Terfikir juga untuk mencuba nasib dengan syarikat lain, tapi memandangkan kontrak dengan syarikat selama lima tahun berjumlah RM100,000, saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.
Megat Mohd berkata, sejak menyertai syarikat berkenaan yang beroperasi di ibu negara lebih dua tahun lalu, dia dan beberapa pekerja lain terpaksa berdepan dengan dilema apabila dihidangkan makanan tidak halal oleh tukang masak di atas kapal terbabit.
Katanya, biarpun terdapat notis melarang penggunaan bahan tidak halal seperti daging babi dalam menu makanan di atas kapal berkenaan, namun ia tetap dimasak dan dihidangkan secara bufet setiap kali tiba waktu makan.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang hampir 1,000 kru kapal beragama Islam dari seluruh dunia yang terpaksa mencari alternatif lain seperti sayuran dan roti untuk mengisi perut dan ada antara mereka membawa sendiri peralatan memasak seperti dapur serta perkakas lain.
“Namun masalah lain pula timbul apabila pekerja warga asing dari negara lain berebut mahu menggunakan dapur yang sama selepas melihat kami berbuat demikian. malah, ada ketikanya berlaku pergaduhan disebabkan berebut dapur di atas kapal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Paling menyedihkan, katanya, dia yang bertugas untuk memastikan senarai barangan makanan dibawa ke atas kapal tidak dapat berbuat apa-apa ketika melihat daging babi dibawa masuk ke peti ais besar dan diletakkan bersama bahan lain.
Katanya, semua bahan makanan dicampurkan dalam peti sejuk yang sama malah dibiarkan terdedah tanpa diasingkan menyebabkan semua pekerja beragama Islam ragu-ragu untuk makan bufet disediakan kerana bimbang ia tidak halal.
“Pernah beberapa kali saya sendiri tersilap mencedok daging babi ke dalam pinggan namun bernasib baik ditegur seorang rakan. Setiap makanan dilabelkan, tapi kebiasaannya ia dicampur dan diletakkan bersama menyebabkan kami keliru,” katanya.
Nekad untuk membetulkan keadaan itu, dia dan rakan sekerja beberapa kali membuat laporan kepada kapten kapal namun kecewa tiada sebarang tindakan diambil, malah ia menjadi semakin teruk selepas tukang masak dimonopoli warga Filipina.
Sementara itu, rakannya, Nazaruddin Umar, 27, berkata, dia yang bercita-cita untuk menjadi jurutera perkapalan sejak kecil mungkin terpaksa melupakan impian itu selepas tidak tahan lagi berdepan dengan situasi berkenaan sejak tiga tahun lalu. Katanya, ketika mula bertugas sebagai jurutera di kapal itu tiga tahun lalu, dia langsung tidak menyangka akan menghadapi masalah seperti itu apatah lagi membabitkan soal hukum halal dan haram.
Berkongsi Dengan Kawan?